Tuesday, September 29, 2009

RUMAH KU DALAM KENANAGAN part5






Masa rumah lama nak dirobohkan aku sempat selamatkan beberapa keping video tape yg pernah aku rakam melalui kamera video besaq aku.Cukup banyak gambar video kenangan semasa aku blk kg.Untuk nak masuk semua ke dlm blog agak besar juga filenya, jadi buat masa ni aku terpaksa convert ke bentuk gambar saja.Inilah hasilnya , ada gambar mak dan bapak masa sihat.Ada juga beberapa orang yg jadi arwah antaranya Pak teh yop,Ustaz ya, Pak Cik Mid.Tak ketinggalan ada juga badan agak gempal masa belum kena kencing manis.Tapi yg menarik ,dulu nampak susah lani ada tractor nak buat rumah banglo lagi.Akhir sekali dulu masih budak2 tapi lani......Inilah perubahan 10 tahun
lalu.



Pak Ali
Ipoh
29/9/2009

Monday, September 28, 2009

RUMAHKU MASIH ADA KENANGAN part10



Dah dekat seminggu kita raya.Asyik sibuk balik kg ,terlupa pulak nak pi jenguk "Teratak Raja Puteh".Sampai saja hari khamis lalu singgah kat rumah Awang sedih juga tengok rumah dia tak siap2 .Lampu tak pasang ,wiring berterabur dan tile untuk tangga tak siap .Syukurlah kelmarin(Ahad)segalanya masalah hampir selesai bila tukang dah start kerja pasang tile di tangga bahagian depan dan belakang.Manakala bahagian wiring aku dan Zaim terpaksa jadi bidan terjun untuk menyiapkan kerja2 wiring yg ditinggalkan oleh contractor macam tu saja.Jadi aku dan Zaim terpaksa bertungkus lumus menyiapkan kerja sehingga jam 10.00malam hari Jumaat lalu.Pada malam sabtu lalu "Teratak Raja Puteh" dulu gelap gelita kini terang,cuma ada masalah sikit pasal meter belum pasang mugkin minggu ni akan selesai semuanya.

Inilah Cucu sulung Tok Mat Hero
Oh ya masa tengah buat kerja ngan Zaim Ayah dia bagitau lani dia dah jadi Datuk maksudnya Mat lani dah jadi Tok Wan .Tahniah pada Azril bini dah selamat bersalin anak lelaki nama Emeer Al Bukhary di hospital Sungai Petani. Lani ada di Rumah Pak mentua dia di Pantai Remis Perak.
PAK ALI
IPOH
28/9/2009
3.00pm






Sunday, September 20, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU Part 20





Kg Sidam Kanan-20/9/2009.Hari ini 1 Shawal 1430 iaitu hari raya Aidil Fitri.Hariini menjadi satu sejarah dimana "MY VILLA"merayakan Aidil Fitri buat pertama kali.Ramai rakan,saudara,sahabat handai sama2 meyambut hari raya di "MY VILLA" terutama pada waktu malam.Boleh dikatakan saudara terdekat dtg,kecuali Mak Su Neh yang kurang sihat,sedih juga Mak Su tak dpt dtg.Open house yang diadakan pd waktu mlm adalah sumbangan oleh Datuk Hamid dgn kerjasama Man Enterprise.Hari ini jugalah tercipta sejarah dimana buat pertama kali 11 org adikberadik dpt berkumpul serentak termasuk Tok Sahak yg kurang sihat ,cuba juga menghadirkan diri di "MY VILLA".
PAK ALI
Sidam Kanan
20/9/2009
11,30PM

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430


Pak Ali sekeluarga mengucapkan Selamat hari raya Aidilfitri to all bloggers di malaysia..

Saturday, September 19, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU Part19








Kg Sidam Kanan-19/9/2009 Majlis berbuka puasa buat kali terakhir tahun ni meriah.Semua saudara mara datang ke "MY VILLA"kecuali Tok Sahak dan Pak Jang Awang.Boleh dikatakan kerabat dr Kula Kangsar datang memeriahkan majlis tersebut kecuali pemenang utama peraduan menamakan rumah ni iaitu Shima dengan sedihnya terpaksa beraya di Kuala Kangsar.Ramai org tertanya di mana perginya gang2 Tok Sahak merajuk atau cari rumah tak jumpa.Selepas majlis berbuka ,acara bermain mercun diketuai oleh Pak Lop pun bermula bertambah meriahlah lagi sambutan hariraya buat pertama kali di "MY VILLA"



PAK ALI
KG SIDAM
10.00PM

Thursday, September 17, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU part 18




Kg Sidam -17/9/2009 Inilah wajah terbaru "MY VILLA" dimana signboard sudah pasang pada pagi tadi.Ini bermakna Villa ini dah siap sepenuhnya .Sempena hariraya hutan didepan Villa ini telah dibersihkan untuk tempat letak kereta dan Taman Mini(minta sapa2 yg boleh sponsor utk beli kerusi dan meja batu nak diletakkan di Taman Mini).Kalau diteliti dlm gambar,Villa ini betul2 berhadapan dgn tambatan banjir.

Pak Ali
IPOH-3.30PM
(Dah siap2 utk balik Kg)

Monday, September 14, 2009

RUMAHKU MASIH ADA KENANGAN part9


Inilah wajah terbaru "TERATAK RAJA PUTEH"ada sikit rombakan
bahagian depan(Gambar ni di hantar sendiri oleh tuan rumah pasal lama
tak update)

Kg Mahligai-15/9/2009-Kalau di Kg Sidam Kanan rumah baru Man dan Tok Shawal dikenali dgn nama "MY VILLA".tapi di sini nama rumah Awang agak kelasik sikit dikenali dgn nama" TERATAK RAJA PUTEH".Mula aku gelak juga nama ni .Tapi bila dpt penjelasan drp Awang rupa2nya ada sejarah yg tersendiri.Menurut cite Raja Puteh adalah keturunan di Raja Petani iaitu tok nenek kepada arwah Pak Mentua Awang (Tok Hassan).Suku sakat Raja Puteh ni yg lari drp siam ,ada yg bersembunyi di Kedah dan Perak. Apabila diselidik keturunan Tok Hassan mempunyai hubungan dengan keturunan Sultan Perak iaitu Raja Azlan Shah.Dengar cite lepas raya ni suku sakat Raja Puteh akan buat perjumpaan .Sejauh mana kebenaran tu kena tanya waris terdekat Raja Puteh ,apa kata comment.Aku akan cuba dpt info drp waris kuat iaitu Meli(Abg kak Embun).Mungkin raya ni kita boleh kot kalau tak dak aral apa beraya di "TERATAK RAJA PUTEH"

Pak Ali
Ipoh

Saturday, September 12, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU part 17

DAH RASMI MULAI HARI NI BANGLO NI DIKENALI DGN NAMA
'MY VILLA'(Signboard dah tempah dah)

Pak Lai -Tak dpt tukar kereta baru,cat baru pun jadilah...(cat raya kot)


Kg Sidam-8.30pm 12/9/2009 Majlis berbuka posa yg diadakan di rumah baru Tok Shawal(MY VILLA) sederhana tapi meriah.Semua keluarga hadir kecuali Mat,ToK sahak dan Datuk Hamid serta termasuk sepupu dan Pak Sedara Mat Seni dan kaum kerabat.Sebelum majlis bermula Bacaan doa telah disempurnakan oleh Al fadzil Ustaz Awang Mezah.Harapan drp seluruh keluarga supaya dpt berkumpul pada hariraya minggu depan.
PAK ALI
Kg Sidam Kanan







Friday, September 11, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU part 16



Rumah Tok Shawal elok dah sayang porchnya letak moto aje
kg Sidam-11/9/2009 11.00pm masuk ari ni dah malam ke2 depa pindah ke MY VILLA suasana macam dirumah lama juga .Bezanya sana rumah lama sini baru suasana tetap sama bila budak main bunga api lari keliling.Cuma di sini selesa sikit budak2 bermain dan parking yg luas serta suasana malam cukup happening .Buat masa ni Tok Shawal tidur dirumah Man pasal bilik dia lum ready katanya dia terang pasal langsir tak siap lagi.Mugkin ari ni dia pindah balik kot nak meriahkan majlis berbuka posa sempena masuk umah baru.
PAL ALI
12.00pm
Serai Wangi

Monday, September 7, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU part 15

Updated by Mat Seni 9/9/09 masa :2.00pm .Kerja2 menurap tar
dah complete .Dengar cerita mungkin hari jumaat atau sabtu ni
depa akan pindah

*Ada cadangan nak boh VILLA M Y(Man,Tok Mek dan Tok Shawal)
apa kata kekawan yg lain

Updated by Mat Seni 9.00pm 8/9/09 Bahagian hadapan rumah boleh dikatakan 95% siap kerana kekurangan tar akan disambung esok




updated by Mat Seni masa:5.00pm 8/9/09
Kerja2 belakang rumah hampir siap. Bahagian depan tengah
tunggu Tar drp suplier,tak sempat mungkin sambung esok



Kg-Sidam Kanan-8/9/2009.Kerja2 terakhir menurap tar dikeliling rumah sudah bermula pada awal 10.00 pagi tadi .Kalau tidak ada halangan apa2 mungkin kerja2 tersebut akan berakhir ptg dan segalanya akan selesai sekiranya tak dak masalah.Buat masa ni kerja2 menurap bermula dibelakang rumah
LAPURAN DAN GAMBAR OLEH MAT SENI
masa:2.oopm




Pak Ali
IPOH