Saturday, March 27, 2010

Rumahku Syurgaku


Inilah rumah Jah yg baru.Tuan Rumah tengah pindah

Hari ini berkesempatan berkunjung ke Kuala Kangsar pasal Khusimah ada buat kenduri baca yasin sempena masuk rumah baru.Gang2 dr kedah ramai juga yg mai mcm Mat Seni ,mat ,Julai ,Pak Din,Adi dan Mala.Aku Mai dr IPOH perjlnn ambil masa 30 minit ke rumah Shimah Taman Bunga Raya.Dlm kesempatan itu aku dan gang2 semua dpt tengok rumah Jah yg baru beli tak jauh dr rumah Shimah dan Raof lebih krg 300meter, harga lebih kurang RM 103,000 boleh tahan jg harganya.Bahagian dlm kira ok juga kena repair sikit.Kata depa seminggu 2 dpt kunci kot.

PAK ALI
IPOH
27/3/2010
9.30PM

Monday, March 15, 2010

RUMAH BARU IMPIAN BARUPart28


INILAH MAT KI PAKLANG HARUN ORG KUAT KG SIDAM

Al fatihah untuk Tok Shawal,Jenazah selamat dikebumikan pada 15/3/2010 pukul 11.00pagi.Kami sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada yg datang melawat.Menjadi satu sejarah di Kg Sidam ni dimana Tok Shawal adalah orang pertama menggunakan kereta jenazah yang disumbangkan oleh orang kuat kg sidam iaitu Mat KI PAK LANG HARUN yang kosnya di anggarkan bernilai RM 30,000.Terima kasih kami sekeluarga diatas sumbangan anda.Al fatihah..............Amin



PAK ALI
Sidam
16/3/2010
9.00am

Sunday, March 14, 2010

RUMAH BARU IMPIAN BARU part 27

Al fatihah buat keluarga Tok Shawal di atas pemergian ayahanda tersyang pada 14/3/2010 pukul10.20pm.Inilah wajah2 terakhir Tok Shawal sebelum menghembus nafas terakhir yg diambil beberapa bulan yg lalu

Paparan eksklusif wajah2 terakhir wajah terakhir Tok Shawal
PAK ALI
KG Sidam
15/3/2010
3.00am

Saturday, March 13, 2010

RUMAH BARU IMPIAN BARU part 26


Gambar diambil di Penang airport

Hari ni patut kena standby.terpaksa blk sebab ada emegency Tok Shawal sakit .Bertolak dr Ipoh kul 10pg sampai 2ptg jem giler.. sampai dirumah agak serius juga.makan tak mau minum tak mau.Tengah dok adjust org tu pasal depa nak psg aircond teringat Maksu dan Paksu salah seorang selalunya mesti ada,dah dok kat 3 jam tak nampak muka pun .Rupa2nya Mat seni dah hantar email kata mak dia pi umrah..alhamdulillah.Pasai kena standby di Ipoh seorang minggu ni kenalah bergegas blk ke Ipoh Bertolak kul 6ptg sampai 9.mlm letih giler beb .kalau tak dak aral mungkin hari rabu ni blk lg ambil cuti 2,3 hari.insyaallah

Pak Ali
IPOH
10.30pm
13/3/2010

Monday, March 1, 2010

RUMAHKU MASIH ADA KENANGAN part13




Kalau dulu rumah kg hanya ada guri(tempat basuh kaki) ada juga depa bela ikan kaloi.Zaman dulu mana ada org reti pakai kasut lagi .Kemudian kita ada jelapang padi,untuk disimpan padi..Tapi lani semuanya sudah berubah dek zaman siber.Guri ditukar dgn air terjun tempat bela ikan,tapi bukan ikan kaloi..tapi ikan koi mahai tu .Jelapang padi ditukar ke garaj kereta,pasai dulu org tak mampu pakai kereta org yg mampu pakai kereta zaman dulu macam Tok Bepin,Mat Yusof,Rosli Matloh(kereta ni aku pernah naik pi KL tahun 1973 pasai tu aku ingat ) sekadar beberapa nama.Lagi pun rumah lani depa buat rendah dan moden jadi takdak ruang dibawah rumah utuk letak basika,moto dan juga kereta.Inilah berlaku pada Teratak Raja Puteh(RPK) lani yg ada ruang untuk santai.rehatkan minda dan sembang 2 kosong dgn sentuhan yg moden dan pemikiran moden....Bezanya dia dibina pada tahun 2009 bukan 1959

PAK ALI
IPOH
1/3/2010
9.30pm