Sunday, December 27, 2009

RUMA SEWA DI IPOH Part3


Inilah bas yg terlibat diletakkan kat Balai Polis IPOH





Sebelumtu aku nak ucap takziah kpg 10 keluarga yg terlibat dlm kemalangan di 272.8 lebuhraya utara selatan dekat ngan rumah aku.Sewaktu kejadian aku nak ke tempat kerja ada breakdown lebih krg 1.00pg.Tengok highway laluan express ke PNG sesak teruk lebih kurang 3km sehingga ke Tesco Extra drp tempat kejadian betul2 atas flyover jalan kereta api.Ingat takda apa ,bila nak balik ke rumah lepas settle kerja tengok semua org parking kereta lepak pasai nak keluar tak boleh tembok kiri kanan.,nak gostan tak boleh.jadi terpaksa tunggu semua settle baru boleh Jln.Itulah ceritanya sampai pg jugalah bunyi bising ambulan,nak tidur pun tak boleh(Jln dekat rumah satu2nya jln paling dekat ke hospital IPOH.
Minggui ni tak blk pasai kena standby .Org rumah ada di Ipoh.kira hampir 2minggu tinggal rumah.Esok baru depa blk pasai org rumah ada kerja di KL, habis kerja ambil Naim dan Nadia terus blk.Walaubagaimanapun hari ini ada tetamu iaitu keluarga Mat seni dan Mala Mai on the way blk dr KL rumah Ajis dan Pak Lah (dah hampir setahun dok di Ipoh nilah satu2nya tetamu yg singgah dirumah).Bawa depa ronda2 di Ipoh .Ipoh bukannya ada tempat menarik biasa saja ,pi Tambun loseworld ,beli kacang ,keropok dan limau (depa kata murah).lepas tu naik bot kat Dataran Gunung Lang blkg rumah aku ,bayar 8 free 3.Menariklah juga kalau bawa budak sampai ina anak mat Seni tak mau blk,suka betoi dpt main buaian....
PAK ALI
IPOH
27/12/2009
7.00pm

Monday, December 21, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU Part 28 (XPDC Kelantan day 5)

Hari ni Isnin kami sekeluarga selamat sampai di Kedah .Bertolak dr Raub pukul 7.45mlm dan tiba di padang Serai pukul 2.00pagi tadi .Trafik tak banyak masalah semua berjalan lancar cuma ada sikit tersangkut kat terowong Genting Sempah pasai kereta rosak .Kalau nak compare ngan perjalanan dr KB ke Raub,Raub ke Kedah tak banyak masalah sebab jln cantik.Cuma masalahnya aku dan Nadia sakit perut pasal makan macam2. lengkap sudah XPDC Kedah >Kelantan>Pahang tertunai sudah janji pada depa,musim cuti sekolah tahun ini.Nasib kami baik waktu di kelantan cuma hujan takdan banjir.Kalau pi minggu ni mungkin cerita lain.......


Inilah video saat2 mencemaskan yg sempat dirakam oleh NADIA

PAK ALI
Serai wangi
21/12/2009
8.00pm

Saturday, December 19, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU Part 27 (XPDC KELANTAN 2009) Day 3






Hari ni(sabtu) masuk hari ke3 di Kelantan awal pagi lebih krg 8pg kami tinggalkan kelantan ,Julai blk sendirian pasai dia tak ikut pi Raub .Dlm perjalanan ke Raub lebih kurang 350 Km kami melalui laluan sukar kerana terpaksa menempuh jalan berlobak dan basah disebabkan hujan sepanjang hari drp Kota Baru, Machang , Kuala Krai.Lebih mengerikan lagi kami terpaksa melalui kesesakan hampir sejam sejauh 5 KM dan banjir lebih kurang 1 mter dlmnya berdekatan dgn pekan Kuala Krai (KK)(lebih krg 1 KM.dr KK)Perjalanan dr ke Gua Musang ke RAUB agak baik walaupun hujan kerana mungkin kawasan ini kawasan BN kalau nak bandingkan ngan KB to KK .Kami selamat tiba di RAUB Pahang pukul 4pm lebih kurang 8 jam perjalanan


PAK ALI

RAUB 19/12/2009

8.00pm

Friday, December 18, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU Part 26 (XPDC KELANTAN 2009) Day 2


Sempat begambar dekat Masjid Mohamadi .Inilah wajah TESCO KB


Masjid Beijing yg tak boleh digunakan lg mercu baru tanda RP

Pak Lai shoping sakan di rantau panjang

Hari ni (Jumaat) masuk hari ke2 dok di Kelantan sempat melawat disekitar bandar Kota baru.Hari ini hujan juga dr awal pg sampailah ke ptg sebelum pi ke Rantau Panjang ada ronda2 di pekan , tengok KB maju juga ,satu yg bangga sini semua permis perniagaan ada tulisan jawi,contohnya TESCO... walaupun org puteh punya kalau dah kena paksa depa buat juga pasai depa tau sini boleh cari makan punya.sapa kata KB tak maju ada banyak Shoping complex sini.,yg terbaru Kelantan Trade centre.Hari ni rantau panjang sesak ramai org pi shoping disana kalau nak compare harga ngan Wakaf Che Yeh ,Rantau Panjang murah lebih kurang 20%..Tengah syok shoping nak pi sembahyang jumaat singah kat Masjid baru.Masjid bejing kata org RP rupanya belum boleh guna lg.Tak boleh sembahyang jumaat ,jadi musafirlah hari ni,pekan dah lama ujud masjid pun takdak ......Hari ni kira kopaklah juga sebelah tangan shoping.Malamni pi makan ikan bakar kat PCB(pantai cahaya bulan)...rasa macam biasalah tak da apa yg istimewa.Ingat mlm ni nak tidur awal sikit pasai esok nak gerak ke RAUB awal pg.Terpaksa layan Naim main Games(PS2).mungkin esok gerak awal sikit pukul 8 pg..Itulah cerita kami di Kelantan

PAK ALI
Kota Baru
19/12/2009
11.00pm

Thursday, December 17, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU Part 25 (XPDC KELANTAN 2009) Day 1






Hari ni khamis 17/12/2009 aku sekeluarga ngan Julai telah sampai di Kelantan bertolak dr rumah pukul 8.00pg dan tiba di kota baru pukul 3 ptg Jem giler.sapa kata Kelantan tak maju sampai jalan raya pun sesak macam KL. nak sampai ke tempat peginapan di pusat bandar 16 Km ambil masa dekat2 1 1/2 jam bayangkan jam cukup teruk.Sampai kaki Julai naik krem pakai manual.Aku tak pa la pakai auto.Sampai di hotel (hotel pekak je sebilik rm 50,terus tidur letih redah jem aku rasa KL pun tak macamni ditambahkan lagi kedatangan kami disambut dgn hujan cukup lebat,rasa nak keluar pun boring.Mungkin esok plan nak pi Rantau Panjang.....

Pak Ali
Kota Baru
5.00pm

Monday, December 14, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU part 24






Sekitar kenduri Baca yasin Di MY VILLA 10/12/2009 Khamis

IPOH-15/11/2009.Sorry lah beb dah lama tak update bolg .Bukan pa alat komunikasi ada sikit masalah,Broadband u mobile tak boleh nak guna.Lani terpaksa pakai Celcom broadband yg Nadia punya,nasib baik depa ada di IPOH.Kira dah lama juga tak blk sampai kenduri baca yasin masuk rumah baru MY VILLA pun tak dpt blk pasai depa buat hari bekerja nak adjust cuti ngan member tak dan pasai semua org dah plan.Telan air liur saja.Meriah juga menurut sumber sampai terpaksa buat khemahlah juga ,tak silap 500 org .Sampai ada yg terrpaksa makan kat luar Khemah. Macam2 cerita yg berlaku masa raya haji antaranya menarik 26/11/2009 hari jadi IDA yg disambut serentak ngan mak Teh dia (Kak An) .Lani ada masa sikit nak masa nak masuk blog pasai ambil cuti 1 minggu.
Kemarin (Ahad dan isnin) ada di KL pasai ambil kesempatam ikut org rumah ada kerja di Shah Alam,tidur di ROYALE Chulan dekat ngan Pusat Craf JLN Conlay hotel 5 bintang>Habis saja terus blk ke IPOH pasai hari ini(Selasa) org rumah ada meeting di Sri Iskandar(SI)Perak tidur di hotel tak dak bintang .Jadi sambil kerja kami anak beranak pi makan angin.Lepas ni janji ngan julai nak pi Kelantan kalau tak ada aral hari khamis ni. habis tu terus blk RAUB sebab ada kenduri hari sabtu ni ikut Gua Musang.Kira berjalan sakan ,cuti2 malaysia

Gambar oleh Seni dan Nadia.
IPOH 15/12/2009









Friday, November 20, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU part 23


Inilah NURUL FADILLAH dan rakan2*Pembetulan SITI FADILLAH mintak maaf

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kpd Sek Keb Guar lobak kerana lebih 30 0rg pelajarnya berjaya mendpt 5A menrut satu sumber yg belum disahkan lg.Salah seorang yg berjaya mendpt 5A adalah Anak Man tuan punya MY VILLA Kg Sidam iaitu NURUL FADILLAH. Tahniah diucapkan.Sempena kejayaan anaknya dia ada buat makan2 kecil2an untuk org kg disekitar MY VILLA.Sedih juga tak blk...(dah nak masuk 3 minggu dah),kalau tidak dpt juga ambil bahgian.Kalau tgk dlm gambar tu yg selalu tak pernah miss bila ada event di MY VILLA adalah PAK LOP kalau tak silaplah dan seorang lagi PAK LAI tak pasti pasal takdak dlm gambar.
Gambar dan lapuran oleh:-
MAT SENI dan PAK ALI
IPOH
20/11/2009
11.00pm

Thursday, November 19, 2009

Rumahku di Ipoh Part2(Afiat dlm Panorama)

Syarikat Minyak Afiat(Petikan dlm Rancangan Panorama Di TV1
Pd 19hb Nov2009)

Siapakah generasi ke 4 yg dimaksudkan oleh Hj Mat?
Dah hampir 2 minggu tak blk kg boring gak dok sorang2 Di Ipoh ni .Tengah dok melengung sorang2 dpt SMS dr Raof pasal rancangan Panorama.Tunggu lama juga tak da pa pun.Ingat nak belah juga tengok cite SIRIM je boring juga.Tunggu punya tunggu rupa2ny anak wayang kita tengah posing,hebat juga Syarikat Minyak Afiat,ada uniform lagi..hebat2.Nak tanya dlm gambar kat ofis tu Mak dak hampa ka.. tak berapa clear la. satu lagi nak tanya bloggers sapa agaknya pewaris generasi ke4 yg dimaksudkan oleh MD Afiat


Pak Ali

IPOH

19/11/09

10.00PM



Saturday, October 31, 2009

Rumahku di Ipoh

Ipoh 1/11/2009.sorrylah beb dah lama tak updated dlm blog ni,bukan pa sibuk sikit.lagipun dah lama tak blk kg dah dekat 2 minggu.Mnggu ni tak blk juga pasai family dr kg mai . Tak pi mana pun boring juga dok di Ipoh tak dak pa.Cuma try makanan yg tak da di tempat kita , macam nasi ganja,nasi kucing dan mee kicap yg lain tu biasa saja macam tempat kita juga ,rasa2 tempat kita lg sempoi.Kalau nak ronda2 hari minggu ni bolehlah pi pasar lokin pasar yg terbesar di Ipoh .start awal pg hingga tengahari.Satu nak pesan kalau tak tahan panas lupa je niat tu.Sebut pasai makanan ni ,kelmarin masa makan kat Restoran Tasik Raban kat Stadium tu jumpa ngan org Kuala Kangsar(KK),nak tegur takut salah org,pasai yg perasan tu org rumah.Orang KK cuba tengok video tu betoi ke.


WAK ALI
IPOH
PERAK
2/11/1009

Saturday, October 17, 2009

RUMAH BARU IMPIAN MAT SENI Part 1

Majlis kenduri kesyukuran di rumah Tok Sahak sederhana saja tapi meriah

Inilah wajah Qaseh Qaisara

Apa yg kusyuk sangat Pak Lai tu sampai org sibuk ambil makan pun tak sedar

Masa`nak pi rumah Tok Sahak untuk majlis kenduri kesyukuran cucu dia ke 3 Qaseh Qaisara namanya (macam tajuk drama je)anak Ah ngan Sanusi , sempat singgah tengok rumah Mat Seni dlm pembinaan.Mana tidaknya kawan yg kena pindah dah buat rumah baru,maka kawan yg seorang ni sibuk juga nak buat rumah baru, org lain ada rumah sendiri dia buat masa ni dok tumpang rumah org dia di Taman Serai wangi.Nak tunggu jiran di Serai Wangi jual rumah tak tau bila pulak maka keputusan terpaksa buat, terpaksalah bina rumah di tengah bendang berdekatan ngan rumah singgahan org tua dia di kg.Buat masa ni kerja2 tapak asas dah siap oleh kontractor kg Aman burut.Mungkin nak kena tunggu lagi 6 hingga setahun untuk sambung ke peringkat sterusnya bagi membolehkan structure asas kukuh untuk mengelakkan daripada rumah mendap.Bajet untuk asas saja dah sampai RM9000.Jadi kita kena tuggu sekurang2nya mungkin 2 tahun baru boleh menjadi realiti.Apa komen Mat Seni.

Inilah tapak rumah baru OKB Mat Seni banglo berharga RM150,00 dijangka siap tahun 2011

PAK ALI
Serai Wangi
17/10/09






Saturday, October 10, 2009

Rumahku masih ada kenangan part 11


Inilah wajah terakhir Tok Saadiah sempat dirakamkan pada hari jumaat lalu
Al-Fatihah buat Pak jang Awang Hamzah dan mak jang di atas pemergian mak mertuanya di Teratak Raja Puteh baru awal pagi ni.Akan dikebumikan selepas waktu Asar.

PAK ALI
Serai Wangi
09.55 pagi
10/10/09

Friday, October 9, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU part 22

Lani bulan Syawal kita dah raya lebih kurang 20 hari .Salah seorg yg plg seronk dlm bulan syawal adalah Pak kita ,Pak Penakan kita .Chu wai ,Pak lang Wai.Apa pun org panggil itulah Tok Shawal aku kenalkan. Namanya yg diambil sempena bulan yg mulia ni. Mana tidaknya dlm bulan yg mulia ni lah juga semuanya baru,rumah baru,katil baru tapi yg paling syok dpt cicit baru,,hatrick lagi you.Dlm bulan ni saja Tok Shawal dpt 3 org cicit,Azril,Shimah dan terbaru 2 hari lepas Tok Jerah dpt anak perempuan.Tahniah semua, agak2 sapa yg nak ikut Tok Shawal,anak2 rasa tak boleh ,cucu taktaulah kita tengok lah .kalau Tak dpt 100%, 75% kira dah boleh fight ngan Pak Tam hampa. dah kira bagus dah kah..kah..kah.Zaman lani kalau boleh fight ngan Pak Tam hampa kira dahsyatlah. Mie ngan raof agak2 hampa boleh menyahut cabaran ka?.walaubagaimanpun itulah rezeki.
Shimah Pak Ali nak minta maaf lah banyak2 cadang nak singgah kat KK pasai jem teruk kat terowong sampai sejam baru sampai simpang KK jadi niat terpaksalah batal.Tak pernah jem sampai macamtu .Ingat ada acident.rupa2 org tengah buat jln.Itukah cerita kat highway plus masa balik dr IPOH pukul 7.00 ptg tadi
*Tunggu kemunculan video lama2 yg akan memecah perut bila menontonnya.

Pak Ali
Serai wangi
9.10.09
1150pm

Wednesday, October 7, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU part 21

Ada sikit perubahan pada gambar keluarga di atas
Kg Sidam 7/10/09.Dah hampir 2 minggu tak blk kg.Lepas`raya sibuk sikit sampai lupa nak phone tanya berita di kg.Dengar cite "Teratak Raja Puteh"dah pun selamat duduki.Pagi tadi selisih ngan Hj Mat di Ipoh tak sempat nak panggil pasai dia bw kete laju sungguh ,kebetulan nak tetefon Hj Mat tertelefon Shimah.,dia bagitau dia dah bersalin baru 2 hari yg lepas.Tahniah lah Tok Shawal dpt Cicit yg kelapan selepas Azril dua minggu lepas.(kalau tak silap la,kalau silap tukang komen tolong betoikan)katanya anak perempuan Airis Puteri Abdul Halim namanya.Tak ketinggalan nak ucapkan tahniah kpd Atok Mat dan Opah Salmah diatas kelahiran cucu yg ke5

PAK ALI
IPOH
7/10/09
11.00pm

Friday, October 2, 2009

RUMAH KU DALAM KENANAGAN part6

Kenangan di rumah lama semasa kenduri kesyukuran NAIM tahun 1999

Tuesday, September 29, 2009

RUMAH KU DALAM KENANAGAN part5






Masa rumah lama nak dirobohkan aku sempat selamatkan beberapa keping video tape yg pernah aku rakam melalui kamera video besaq aku.Cukup banyak gambar video kenangan semasa aku blk kg.Untuk nak masuk semua ke dlm blog agak besar juga filenya, jadi buat masa ni aku terpaksa convert ke bentuk gambar saja.Inilah hasilnya , ada gambar mak dan bapak masa sihat.Ada juga beberapa orang yg jadi arwah antaranya Pak teh yop,Ustaz ya, Pak Cik Mid.Tak ketinggalan ada juga badan agak gempal masa belum kena kencing manis.Tapi yg menarik ,dulu nampak susah lani ada tractor nak buat rumah banglo lagi.Akhir sekali dulu masih budak2 tapi lani......Inilah perubahan 10 tahun
lalu.



Pak Ali
Ipoh
29/9/2009

Monday, September 28, 2009

RUMAHKU MASIH ADA KENANGAN part10



Dah dekat seminggu kita raya.Asyik sibuk balik kg ,terlupa pulak nak pi jenguk "Teratak Raja Puteh".Sampai saja hari khamis lalu singgah kat rumah Awang sedih juga tengok rumah dia tak siap2 .Lampu tak pasang ,wiring berterabur dan tile untuk tangga tak siap .Syukurlah kelmarin(Ahad)segalanya masalah hampir selesai bila tukang dah start kerja pasang tile di tangga bahagian depan dan belakang.Manakala bahagian wiring aku dan Zaim terpaksa jadi bidan terjun untuk menyiapkan kerja2 wiring yg ditinggalkan oleh contractor macam tu saja.Jadi aku dan Zaim terpaksa bertungkus lumus menyiapkan kerja sehingga jam 10.00malam hari Jumaat lalu.Pada malam sabtu lalu "Teratak Raja Puteh" dulu gelap gelita kini terang,cuma ada masalah sikit pasal meter belum pasang mugkin minggu ni akan selesai semuanya.

Inilah Cucu sulung Tok Mat Hero
Oh ya masa tengah buat kerja ngan Zaim Ayah dia bagitau lani dia dah jadi Datuk maksudnya Mat lani dah jadi Tok Wan .Tahniah pada Azril bini dah selamat bersalin anak lelaki nama Emeer Al Bukhary di hospital Sungai Petani. Lani ada di Rumah Pak mentua dia di Pantai Remis Perak.
PAK ALI
IPOH
28/9/2009
3.00pm






Sunday, September 20, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU Part 20





Kg Sidam Kanan-20/9/2009.Hari ini 1 Shawal 1430 iaitu hari raya Aidil Fitri.Hariini menjadi satu sejarah dimana "MY VILLA"merayakan Aidil Fitri buat pertama kali.Ramai rakan,saudara,sahabat handai sama2 meyambut hari raya di "MY VILLA" terutama pada waktu malam.Boleh dikatakan saudara terdekat dtg,kecuali Mak Su Neh yang kurang sihat,sedih juga Mak Su tak dpt dtg.Open house yang diadakan pd waktu mlm adalah sumbangan oleh Datuk Hamid dgn kerjasama Man Enterprise.Hari ini jugalah tercipta sejarah dimana buat pertama kali 11 org adikberadik dpt berkumpul serentak termasuk Tok Sahak yg kurang sihat ,cuba juga menghadirkan diri di "MY VILLA".
PAK ALI
Sidam Kanan
20/9/2009
11,30PM