Saturday, July 25, 2009

RUMAHKU MASIH ADA KENANGAN part4








Padang Mahligai-25thJuly2009.Dah 2 minggu kerja2 dirumah Awang tertangguh tak dak progress langsung.Macam tak jadi aje.Tapi bila sampai hari ini di rumahdia nampak wajah ceria bak kata orang senyum sampai telinga compare ngan dua minggu lepas.Progress cukup memberasangkan.bumbumg,lantai dah siap .Cuma sekarang ni pemasangan dinding sedang berjalan .Nampaknya progress cepat juga itupun tuan rumah sendiri yang bantu.Kalau tidak entahlah...Nampaknya sejak pencen ni dapatlah dia mengawasi kerja2 dgn lebih teratur. Walaupun dlm keadaan kencing manis dpt juga dia bantu kerja2 di rumah itu serta dpat menjimatkan kos.



Ali

Serai Wangi

11.00pm

RUMAH MAN HARIJADI KIMI






25th July2009-Taman Damai -sejak rumah Tok Shawal kena roboh dah lama tak berkumpul adik beradik saudara mara.Maksu dan Seni pindah ke Taman Serai Wangi.Man ,Mala dan Tok Shawal di Taman Damai.Mungkin tercetus idea Man untuk buat majlis harijadi anak bongsunya KIMI ke 5 untuk kumpul adikberadik serta sedara mara di rumah dia ,boleh jadi nak ubahkan Taman Damai jadi kg Sidam mungkin terlalu rindunya pada kemeriahan kg Sidam.Walaupun kecil meriah terasa cukup meriah macam dok di kg.Keadaan Tok Shawal macam tulah kalau sapa yg biasa jenguk dia ,dalam gelap pun dia cam suara.Tapi kalau yang jarang jenguk tu entahlah.......Tapi hari ni dia nampak ceria sebab ramai yang tengok dia.Seronok katanya tinggal di Taman Damai,kata org macamtulah orang tua .Paksu tak mai pasai Maksu pun dah berapa hari tak sihat.Pak Din (Fazil)tak dpt juga datang sebab masuk hospital.Awang juga tak mai sejak kena kencing manis dia nampak kurang aktif sikit, Cuma Jah. dengar cerita dah sihat sebab minggu lepas balik kg lepas keluar hospital kena deman malaria.Tok sahak macamtulah makan main belasah aje ,kesihatan pun kurang dan Mat kerja petang Yang ada aku Julai,Mala,Man serta sepupu terdekat Seni.Walaupun begitu majlis tetap meriah.

ALI

Serai Wangi

10.00pm

RUMAH BARU IMPIAN BARU part6


Tengah dok pening kepala nak pilih color



Tile kat rumah Man(kiri) Tile kat rumah Tok Shawal(kanan)

Letrik dgn air tak dak masalah dah

Sidam kanan-25th July 2009 sebelum sampai ke rumah baru lalu kat rumah lama ,tengok kerja2 di sekitar rumah Tok su Mat hingga ke rumah Chu Bedah dah mula.Kat rumah Tok Shawal masih tak usik masih macam sebelum ni.
Kat rumah baru kerja2 siling di rumah Tok Shawal hampir selesai cuma bilik air dlm proses.Kerja2 pasang tile dah mula 4 hari lalu mungkin minggu depan boleh siap.Kerja longkang dah siap mungkin ada touchup sikit2.Letrik(TNB) dan air dah masuk kat dua buah tu pendawaian masih belum selesai.kat rumah Man pun dah start pasang tile mungkin ambil seminggu atau lebih boleh siap.Kerja2 cat untuk luar dan dlm mungkin start minggu depan sebab tadi perbincangan nak decide cat apa nak pakai dah siap.Kata Man cat rumah Tok Shawal dan Rumah dia sama kat bahagian luar.Ada sikit kerja modify jalan mini tar depan rumah dia sebab nak pasang pagar depan(tembok) sempit sikit,pagar belakang dah nak siap.Jadi tak pasti samada boleh duduk sebelum posa sebab kerja2 kitchen cabinet belum start lagi .kita tunggu tengok macammana


Ni gambar bahagian belakang.Dulu dua buah aje sekarang ada 3 buah termasuk rumah pak mentua Man (Awang Tam) yg bumbung gelap tu.Agak2 meriah juga macam sebelum ni...
Ali
Serai Wangi
3.00pm

Friday, July 17, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU part5


contractor terpaksa kerja malam


siling Kat rumah Tok Shawal cantik juga





17thJuly2009-minggu ini tak balik sebab kena standby.Dpt info dari Seni progress agak memberangsangkan,kat rumah Man dah siap pasang siling.Longkang dan pagar tengah pasang .Kat rumah Tok shawal siling tengah pasang,pagar dan longkang dalam proses .Rasa sebelum posa boleh siap .
jumpa lagi
Ali IPOH
8.00pm 17thJuly2009







Saturday, July 11, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU part4

Kerja2 sedang berjalan di rumah Man










Kg sidam Kanan-11th July2009 balik minggu ni excited juga nak tengok rumah macamana progress minggu ni .Sampai saja di rumah tu sedih tengok progress agak lembap macam cuaca hari ini hujan tak henti2 .Tapi kerja2 tu jalan jugalah macam cat masih lagi undercoat tu pun tak habis cat lagi. Kerja2 longkang ,piping dan kerja2 siling masih lagi dalam process slow sikit ,tu kat rumah Man. Kat rumah Tok Shawal concrete table (sinking gambar bawah)dah start pasang .Cuma siling belum lagi , macam yang lain, longkang, piping dah mulalah juga.Rasa target sebelum posa entahlah kalau tengok tu macam gayat juga.kalau raya mungkin boleh .Tapi hari ini tukang2 indon nampak cergas sikit maklumlah kepala depa Mat ada ,kerja nampak laju compare ngan kemarin.kalau tengok cuaca tu nampak gaya kerja bahagian luar agak slowlah sikit waktu hujan ni .Walaubagaimanapun kita tengok progress seterusnya jumpa lagi


Rumah Tok Shawal

Lapuran oleh Ali
Serai wangi
11thJuly 2009
Pukul 8.30pm



Monday, July 6, 2009

RUMAH KU DALAM KENANAGAN part4

Kg Sidam Kanan-Video eklusif hari2 terakhir keruntuhan rumah Tok Shawal dan Seni yang sempat dirakamkan oleh jurugambar Husin Harun(Paksu Husin daa..)

lapuran dari Ipoh
6thJuly2009
11.00pm

Rumah Tok Shawal sedang dirobohkan( gambar atas)
Rumah Seni sedang dirobohkan(gambar bawah)

Saturday, July 4, 2009

RUMAHKU MASIH ADA KENANGAN part3




Lepas hadiri pesta makan rambutan di rumah lama maksu ingat ke SP lalu depan rumah Awang baru kebetulan dia ada di situ tengah tension kot pasal rumah tak siap lagi.Tapi harap2 sebelum balik 2minggu atau 3 minggu lagi siap kot harap macamtulah.

Friday, July 3, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU part3










Kg Sidam-malam tadi balik dari Ipoh lebih kurang kul 8pm ada accident sunguh dahsyat kat simpang 3peladang Padang Serai (dulu simpang 3 tokong Hindu) motor ngan lori tanker ngeri betul,,Mangsa penunggang motorsikal meninggal kat situ juga .Menurut cerita orang Guar Lobak ustaz Man namanya kebumi pagi tadi pukul 2pagi- al fatihah.

Pagi tadi jumpa Seni dirumah baru masa tengah dok ambil buah langsat rasa juga sebiji dua pokok yang berusia lebih tahun 40 tu sedap juga ori punya .Dia pun tengah tengok2 nak buat umah juga kot.Perkembangan rumah lebih kurang sama minggu lepas cuma depa dah start cat ,pasang siling dan render simen untuk pasang tile kat rumah Man .Rumah Tok Shawal cuma simen dalam dah render lain macam biasa juga .Progress agak slow ,pasal hiasan dalam dalaman kena buat slow2.Mungkin progress dah cecah 80% rumah tok Shawal 85% rumah Man.jadi kita jumpa lagi minggu depan kita tengok macam mana rupanya bila dah cat sepenuhnya apalah warna agaknya


Serai Wangi 4th Julai 2009


2.00pm


Ptg lebih kul 6ptg setelah puas ronda dalam rumah Man dan Tok Shawal ngan family ingat nak tengok rumah lama sampai saja di rumah lama ada pesta makan rambutan ramailah ahli keluarga yang ada Mat ,man ,mala Julai ,seni dan ramai lagi menikmati buah rambutan pokok Maksu depan rumah macam pestalah juga budak2 pun ramai.kemudian toleh ke rumah lama sayu rasa hati. tak dak apa dah ....biarlah yang berlalu dan menjadi sejarah......


Serai wangi 4th Julai
pukul 9.00pm