Sunday, June 28, 2009

RUMAHKU MASIH ADA KENANGAN part2























Padang Mahligai-28.6.2009 waktu tu lebih kurang pukul 12.30 tengahari sampai di rumah baru Awang.Cuaca agak mendung baru lepas hujan rintik2 tapi tukang rumah selamba je buat kerja maklumlah otai(orang lama) sebab nak buat rumah kayu ni kena cari orang lama kalau tidak punah habis rumah.Terkejut juga tengok rumah Awang besar juga hampr2 nak sama besar rumah lama Tok Shawal(rumah ibu) cuma dia rendah sikit daripada asal.Design tu tak tau plak sebab tak siap lagi ,tapi tengok rangka macam nak sama.Kalau tengok keja tu kira2 35 peratus dah siap.Rasa2 boleh cepat siap, tunggu pasang bumbung ,lantai dinding lebih-kurang pun sebulan lagilah baru boleh siap kot . Tadi telepon Awang dia pun tengah on the way balik nak tukar Dila sekolah kat sini start esok .mungkin buat masa ni Dila dok di rumah Julai sambil tu boleh juga tengok rumah dia adjust tang mana yg tak betul.Sekian buat kali ni kalau nak tau perkembangan seterusnya selalu2lah access blog ni..cau dulu


Taman Serai Wangi
28.6.2009 pukul 3.30pm








Saturday, June 27, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU part2
















Ni rumah Tok Shawal -boleh tahan besar juga




Sidam Kanan-27.6.2009 pukul 1.00pm dari rumah lama yg takdak apa2 cuma tapak saja begerak ke rumah baru lokasi dekat saja lebih kurang 2 hingga 300 meter.Sampai saja bau buah durian sungguh kuat.Dok cari juga kot2 ada sebiji dua jatuh ,menurut sejarah buah durian di kebun ni sedap kata tuan punya tanah masa tengah bincang utk beli dulu.cari punya cari punya jumpa kulit dia saja buahnya mat2 indon dah tibai.Takpalah rezeki depa.Ingat esok pagi lepas subuh boleh menyuluh ,kot2 ada rezeki.Kemudian toleh kebelakang tengok rumah dah nak siap lebih kurang 75 peratus cuma pasang plaster siling tile touchup kat luar boh tar kat depan boleh duduk dah .Apa pun lebih kurang sebulan lagilah nak siap sepenuhnya tu pun bergantung pada berapa ramai mat indon buat kerja.Tapi bila tengok rumah Tok Shawal ok juga bumbung.Man punya no komen mungkin versi indon.Tak palah buat kali ni,kita tengok perkembangan seterusnya.Ikuti perkembang blog ini seterusnya jumpa lagi...

RUMAH KU DALAM KENANAGAN part3























Rumah Tok Su Mat dan pokok rambutan berusia lebih 40 tahun




Sidam Kanan-27.6.2009 pukul 12.30pm panas sungguh.Sampai saja di rumah tapak lama sedih sungguh tengok, tinggal tapak aje.Rumah ,bangsal keta, rumah man ,rumah Maksu dan rumah Seni tinggal tapak saja.Rumah Tok Shawal tinggal tembok pagar buat mercu tanda pada masa ni.Yang hairan tu pokok durian belakang umah tahun ni berbuah sungguh compare ngan tahun sebelumnya.Mesen2 utk kerja2 pembangunan dah dekat, mungkin seminggu dua lagi tapak ni betul2 tinggal kenangan ,kpd sapa yang lama tak tengok tu boleh sesat.hoo.Tapi yang syoknya pokok rambutan Tok Su Mat(pokok motan lekang yang pertama di kg ) yang berusia lebih 40 tahun tu masih ada lagi belum ditebang dptlah rasa sebiji dua.Rumah dia dah habis dah .lepas tu pi tengok umah baru....












Lapuan terus dari lokasi
oleh ALI














Tuesday, June 23, 2009

RUMAH MAKSU DALAM KENANGAN

















Paklah hampa tak sedih ka tengok rumah jadi lagu tu.Tapi tak pa ,kalau rindu hampa boleh tengok rumah PakYa kematu(lihat gambar)
walaupun bukan sama ,sekurang2nya hampa boleh tengok bumbungnya.Setidak-tidaknya ada juga sumbangan hampa pada PakYa













Rumah Pak Ya yang baru
lihat bumbung nya ada kenal ke.....







Gambar dari
album Paklah
dan Ali

Saturday, June 20, 2009

RUMAH KU DALAM KENANAGAN part 2



Sebelum anda melihat gambar2 yang telah disertakan dibawah .Aku sungguh tersentuh melihat rumah yang selama ini aku diami ,dari zaman kanak2 hinggalah meningkat dewasa. Disinilah upacara pekahwinan 11 adik beradikku termasuklah anak saudaraku diadakan.Noramin,Azrin dan yang paling akhir Syam anak Datuk Hamid.Disini jugalah perjumpaan saudaramara yang jauh maupun yang dekat.Harapan biarlah perjumpaan anak cucu Tok Shawal diteruskan dirumah baru.Cuma rasa sedih, takboleh lagi berjalan kaki pergi beraya di rumah Maksu.Itulah dinamakan kemajuan.


Rumah Tok Shawal sebelum dirobohkan


Rumah Tok Shawal selepas dirobohkan



Rumah Osman(Pak Tam) sebelum dirobohkan

Rumah Tok Shawal dan Man sedang diroboh
Rumah Osman selepas dirobohkan


Rumah Seni sebelum dirobohkan


Rumah Seni sedang dirobohkan


Rumah Seni selepas dirobohkan





keluarga beliau sempat lagi berposing ,macam tak sedih je!!!!










*Gambar2 adalah sumbangan dari album HUSNI dan ALI





20.6.2009.


Pukul:8.30pm


IPOH Perak




















Tuesday, June 16, 2009

RUMAHKU MASIH ADA KENANGAN






























Rumahku masih ada kenangan
Kg Padang Mahligai-16th June2009.Kalau sekilas pandang tak ada apa yang menarik.Tapi jika dilihat betul betul ada sesuatu yang menarik dimana rumah lama milik Tok Shawal dan Tok Mek yang dirobohkan pada 6th June 2009) masih boleh diselamatkan lagi.Ia kini di bina di Kg Padang Mahligai ditanah milik Cik Embun iaitu isteri kepada Hamzah Shawal anak Tok Shawal yang keempat.Rumah yang masih dalam pembinaaan itu walaupun tidak mengikut plan asal tapi kita boleh berbangga kerana masih ada insan sudi menyelamatkan kazanah lama milik Tok Shawal untuk di tunjukkan kepada anak cucu serta cicit, walaupun kita tahu kos untuk membina rumah kayu agak tinggi pada masa kini.Menurut kata empunya rumah dia terpaksa menambah lagi lapan batang tiang dan beberapa kayu yang lain yang hampir bernilai RM2,000.Plan baru ini (lihat gambar)adalah ilham daripada anak kedua beliau iaitu saudara NoraminJadi kita tunggu realitinya










Monday, June 15, 2009

RUMAH BARU IMPIAN BARU










RUMAH BARU IMPIAN BARU

Kg Sidam-Rumah baru ini mula di bina pada 4hb April 2009 dan hingga berita ini di tulis pada 16hb June 2009 hampir 60 peratus siap untuk rumah Osman kata mat indon dan 50 peratus untuk rumah Tok Shawal dan jangkaan untuk siap sepenuhnya kira-kira sebulan hingga sebulan setengah lagi .kita tunggu lapuran akan datang

By ALI

RUMAH KU DALAM KENANAGAN part1



TERATAK USANG TOK SHAWAL








Rumahku dalam kenangan




Inilah rumaku terletak di No33 Kg Sidam Kanan Padang Serai dalam negeri Kedah.Walaupun rumah ini bukan rumah asal aku dilahirkan kira-kira 45 tahun yang lalu,tapi rumah ini jugalah memberi banyak nostagia zaman kanak-kanak hinggalah dewasa. Zaman cicah garam belacan bulan puasa dengan Maksu Neh,main kereta api senak perut dengan mat Hero(Pak Teh) serta geng Tok Su Mat dan Tok Cik Lah hinggalah zaman aku curi-curi bawa kereta Mazda 323 PY 1985 tanpa lesen Awang Mezah (Pak Jang).Walaupun rumah ini pernah aku tinggalkan hampir 20 tahun untuk bekerja Di KL tapi dia tetap memberi satu nostagia.Ia cukup sedih bila di kenangkan .Mukim bukan aku sahaja yang terasa sedih,abang,Kakak,adik bahkan anak saudara aku pun berkongsi kesedihan.Ini berdasarkan papan tanda yang tertulis 'SELAMAT TINGGAL RUMAHKU' yang terletak didepan rumah mereka.Ia cukup memilukan hati kepada sesiapa sahaja yang membacanya .Kalau ibuku masih hidup mungkin dialah orang pertama merasa pilu melihat rumahku ranap dibelasah oleh mat-mat indon dengan rakusnya pada tanggal 6hb June2009.Tapi apakan daya dah suratan takdir dan demi mengelakkan ada pesta air waktu banjir kita terpaksa redha.Yang pergi tentu ada pengantinya.Walaupun berat nak menerima kenyataan,itulah hakikatnya.


























Yang patah tumbuh yang hilang berganti


Aku tak nak komen apa-apa cuma kita tunggu bila siap nanti macamamana


tungguuuuuuu.........