Monday, June 15, 2009

RUMAH KU DALAM KENANAGAN part1



TERATAK USANG TOK SHAWAL








Rumahku dalam kenangan




Inilah rumaku terletak di No33 Kg Sidam Kanan Padang Serai dalam negeri Kedah.Walaupun rumah ini bukan rumah asal aku dilahirkan kira-kira 45 tahun yang lalu,tapi rumah ini jugalah memberi banyak nostagia zaman kanak-kanak hinggalah dewasa. Zaman cicah garam belacan bulan puasa dengan Maksu Neh,main kereta api senak perut dengan mat Hero(Pak Teh) serta geng Tok Su Mat dan Tok Cik Lah hinggalah zaman aku curi-curi bawa kereta Mazda 323 PY 1985 tanpa lesen Awang Mezah (Pak Jang).Walaupun rumah ini pernah aku tinggalkan hampir 20 tahun untuk bekerja Di KL tapi dia tetap memberi satu nostagia.Ia cukup sedih bila di kenangkan .Mukim bukan aku sahaja yang terasa sedih,abang,Kakak,adik bahkan anak saudara aku pun berkongsi kesedihan.Ini berdasarkan papan tanda yang tertulis 'SELAMAT TINGGAL RUMAHKU' yang terletak didepan rumah mereka.Ia cukup memilukan hati kepada sesiapa sahaja yang membacanya .Kalau ibuku masih hidup mungkin dialah orang pertama merasa pilu melihat rumahku ranap dibelasah oleh mat-mat indon dengan rakusnya pada tanggal 6hb June2009.Tapi apakan daya dah suratan takdir dan demi mengelakkan ada pesta air waktu banjir kita terpaksa redha.Yang pergi tentu ada pengantinya.Walaupun berat nak menerima kenyataan,itulah hakikatnya.


























Yang patah tumbuh yang hilang berganti


Aku tak nak komen apa-apa cuma kita tunggu bila siap nanti macamamana


tungguuuuuuu.........


13 comments:

  1. sedih oo pakli..mmg sedih..tapi amin kira rasa bangga jugak la dapat buat kenduri kahwin kat situ..kenangan sampai bila2..

    ReplyDelete
  2. satu lagi, aku, raof dan amin masa kerat kote dulu, lepak2 dulu kat rumah tu sementara nak baik..

    ReplyDelete
  3. alaa pak lah dont ingat masa sunat tue.yg penting kita jangan bergaduh gaduh sesama saudara.syok oo ader pak sedara yg ramai ngan mak sedara yang ramai.kepala semua lain lain.tapi aku peduli apa itu diaorang punya cerite..kahhh kahhh.banyak betui kenangan tapi yang pasti kita jgn memusnahkannya.kepada pak pak anjang hang mmg cool,kpd pak teh hang mmg funny,kpd pak tam hang mmg otak smart,kpd pak lee hang mmg slumber,kpd pak lai hang mmg kecoh dan kpd pak din dianie mmg brutal.kpd pak long n pak ngah no comment sbb otai sgt.yg pempuan malas aku nak ckp sebb satu mak aku,mak su ngan mak andak depa berdua dah lama duduk ngan aku dan malas aku nak comment.tapi TOK Wan mmg dasat walaupon life dia duduk dalam bilik tapi aku rasa dia ade internet sbb dia tau apa anak cucu dia buat..pelik pelik...kepada tok su suami isteri aku akan rindu giler dan kepada pak long seni tak boleh ler aku tompang tgk astro epl terlepas siut.woitttt kembalikan kg aku

    ReplyDelete
  4. lagi satu dinding oren tue kat atas aku yg cat...kahh.kkahhh.jd ler buat tangkal

    ReplyDelete
  5. Gambar tu kalau tak silap diambil pada tahun 1980 atau 1981 .kalau sapa ada info yang tepat tolong bagitau iaitu pada hariraya posa.Raof hang tengok betoi2 mak hang masa muda,masa tu tengah chun hoo.Jangan2 time tu kalau hang ada pun tengah hisap susu kah...kah....kah

    ReplyDelete
  6. wah wah...ramai lak org comment...ape2 pon, mmg dlm kenangan laa...w'pn patah tumbuh hilang berganti, tp tak sama dgn yg diganti....

    ReplyDelete
  7. lupa lak nk comment pasal gambar atas tu...pak long ngan ayah jek yg takde...comel nyer maksue :)

    ReplyDelete
  8. Ina ayah hang tak balik Kg raya pada masa tu.Hang ada ke ta kdak lagi Pak li tak pasti

    ReplyDelete
  9. gambar ni tahun bape pak li?ayah gi us kot mase tu...mestila ina takde lg, maksu comel lagi :D

    ReplyDelete
  10. Rasa Pak Ali gambar ni tahun 1981 .Masa tu Pak li dok ngan ayah di Taman Selayang Baru.Ayah dah balik dari US tahun 1979.Tahun tu ayah tak balik kg .Pak li balik seorang naik bas

    ReplyDelete
  11. assalamu'alaikum pak ali.........
    blood test hang cam mana?
    aku harap ok lah2.

    ReplyDelete
  12. Tu dia, lama dah tak masuk blog pak li ni dah ramai orang komen... Pak Long seni dah masuk jadi ahli baru tu.. Kena beli kamera canggih bagi kat dia.. biar dia jadi wartawan.. Jom kita pakat-pakat cari gambar lama upload dalam blog pak li ni.. Dalam geni.com pun boleh jugak kalau nak update selalu...

    ReplyDelete